Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pemain berkenaan mempunyai rekod lebih baik daripada Simic.
“Kita mahu ambil Simic sebelum ini kerana dia sudah biasa dengan saingan Liga Malaysia (Liga M) jadi mudah untuknya menyesuaikan diri bersama Kelantan.
“Namun nasib tidak menyebelahi kita apabila dia menolak tawaran yang dikemukakan oleh Kafa,” katanya kepada pemberita sejurus tamat aksi persahabatan pra musim menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, disini malam tadi.
Pada perlawanan itu, Kelantan sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan.
Bibi Ramjani memberitahu, pemain Brazil itu sedang beraksi dengan salah sebuah kelab di Indonesia.
Katanya, bagaimanapun Kafa tidak boleh mendedahkan identiti pemain berkenaan buat sementara waktu.