Setiausaha KAFA Husin Deraman berkata KAFA akan berbincang dengan ketua jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh yang akan kembali daripada bercuti esok mengenai pemain tersebut.
“KAFA perlu memutuskan calon bagi mengisi kuota pemain ASEAN secepat mungkin kerana kita mahu menggunakan khidmat pemain terbabit untuk menghadapi kejohanan tiga penjuru Piala Super Boost SportsFix pertengahan bulan ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ferdinand adalah salah seorang daripada tiga pemain dari negara rantau ASEAN yang dalam penelitian KAFA untuk dipilih menyertai pasukan Kelantan.
Setakat ini KAFA sudah menandatangani kontrak dengan tiga pemain import bagi memperkuatkan pasukan Kelantan musim ini iaitu pemain tengah Margaro Gomis dari Perancis, pertahanan Cassio Francisco de Jesus (Brazil) dan pemain tengah Do Dong-hyun (Korea Selatan).