Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, kedua-dua pemain itu mengikat kontrak selama setahun bersama TRW.

Menurutnya, bagaimanapun kontrak Sinaga bersama TRW akan bermula pada 1 Febuari depan dan ketika ini pemain berkenaan sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

“Kontrak pemain kebangsaan Indonesia itu bersama PSM Mekasar akan tamat pada 23 Januari ini. Kafa berterima kasih kepada pihak pengurusan PSM Mekasar kerana membenarkan Sinaga menjalani latihan pra musim bersama TRW.

“Kafa yakin dan percaya, kehadiran kedua-dua tonggak ini mampu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan Kelantan pada musim lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Setiauasaha Agung Kafa, Husin Deraman.

Bibi Ramjani memberitahu, Lopes yang merupakan kelahiran Brazil akan tiba ke Kota Bharu malam ini.

Setakat ini Kelantan diperkuatkan tiga tonggak import iaitu Cassio De Jesus (Brazil), Do Dong-Hyun (Korea Selatan) dan Magaro Gomis (Perancis)