Perkara tersebut diungkapkan oleh penyerang berusia 29 tahun itu ketika diperkenalkan sebagai keluarga baharu pasukan Kelantan di sini, semalam.

Kata Ferdinand, dia lebih selesa menjadikan tekanan penyokong sebagai platfrom untuk mempamer karektor sebenar sebagai seorang penyerang yang disegani.

“Saya akan lakukan yang terbaik bila ada tekanan dan itu karakter sebenar. Beraksi bersama Kelantan adalah satu pengalaman baharu kerana saya tahu tekanan daripada penyokong di sini cukup tinggi.

“Bagaimanapun saya takut jika ada tekanan daripada pihak media. Mahu atau tidak saya perlu sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita.

Ferdinand memberitahu, dia gembira kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudi mendapatkan khidmatnya untuk mengharungi musim 2018.

Katanya, peluang beraksi bersama Kelantan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengembangkan lagi bakatnya di luar Indonesia.

“Sebelum menerima tawaran Kelantan, saya ada membaca profail pasukan di internet. Saya suka berada di sini kerana penyokongnya luar biasa.

“Ini pasti menyenorokkan untuk saya beraksi dalam Liga Malaysia nanti,” ujarnya.

Tambahnya, dia menetapkan sasaran untuk menjadi salah seorang penyerang termuka Kelantan dalam saingan itu nanti.

Setakat ini Kelantan diperkuatkan empat lagi tonggak import iaitu Cassio De Jesus (Brazil), Do Dong-Hyun (Korea Selatan) dan Magaro Gomis (Perancis) serta Bruno Lopes (Brazil).