Pengumuman itu sekaligus menamatkan spekulasi bahawa pemain yang menerima anugerah Penyerang Terbaik Liga Malaysia 2017 itu akan menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim 2018.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, PKNP FC berkata, Muhammad Shahrel merupakan tonggak pasukan dan penjaring utama dengan meledak 20 gol dalam saingan musim 2017.

Menurutnya, pemain itu mempunyai keazaman tinggi dan menjadi contoh kepada pemain muda dalam pasukan.

“Muhammad Shahrel sebelum ini mempunyai kontrak sehingga 2019 bersama PKNP FC. Beliau telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2020.

“Kenyataan ini menamatkan spekulasi berkaitan perpindahan beliau ke pasukan baharu sebaliknya akan mengharungi Liga Super 2018 bersama PKNP FC,” kata kenyataan tersebut.