Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, langkah tersebut bertujuan untuk meringankan beban kewangan badan induk itu sepanjang musim 2018.

Katanya enam pemain berkenaan ialah Mohd. Faizul Nazlin Sayuti, Hattaphon Bun Aun, Mohd. Nasharizam Abd. Rashid, Rozaimi Azwar Mat Zin, Shafiq Abd. Rahman dan Mohd. Haikal Mohd. Nazri

“Kita terpaksa meminjamkan mereka ini kerana Kafa sudah melengkapkan senarai penuh 25 pemain yang akan beraksi bersama TRW 2018,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis menandatangi kontrak bersama pemain import baharu, Bruno Da Silva Lopes, di sini hari ini.

Bibi Ramjani memberitahu, Kafa juga sedang berunding dengan Misc-Mifa untuk meminjamkan Seydi L. Imam kepada pasukan berkenaan.

“Rundingan ketika ini melibatkan soal gaji, kerana gaji Seydi agak tinggi,” ujarnya.