Lemar, yang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke kelab dari Engalnd itu, meletakkan Monaco di depan seawal minit ketiga, sebelum Alassane Plea menyamakan kedudukan 15 minit berselang melalui pengesahan rebiu video.

Monaco kemudian mengesahkan kemenangan menerusi pemain berusia 21 tahun, Adama Diakhaby lapan minit sebelum waktu rehat.

“Kemenangan ini memang berhak kami dapat. Ia sangat penting untuk penyokong kami.

“Diakhaby bermain dengan baik hari ini walaupun dia ada kalanya membuat banyak kesilapan. Dia masih muda dan kami perlu memberi kepercayaan kepadanya,” ujar pengendali Monaco, Leonardo Jardim selepas pasukannya memperoleh enam kemenangan berturut-turut.

Video bantuan pengadil (VAR) digunakan dalam beberapa perlawanan sebagai ujian menjelang penggunaan sepenuhnya pada Ligue 1 musim depan, dengan ia juga telah digunakan dalam aksi kelayakan tahun lepas.