Sociedad terdahulu berada di depan menerusi jaringan Willian Jose dan Juanmi, masing-masing pada minit ke-11 dan 34, namun pemain tengah Barca, Paulinho menyumbat gol untuk kedudukan 1-2 sebelum waktu rehat.
Babak kedua bersambung, penyerang kebangsaan Uruguay Suarez pula meletakkan Barca di depan menerusi jaringan pada minit ke-50 dan 71.
Sepakan bebas menakjubkan daripada penyerang prolifik Lionel Messi lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan melengkapkan kebangkitan tersebut, sekali gus membolehkan skuad kendalian Ernesto Valverde mengumpul 51 mata.
Barca jauh mengatasi pasukan di anak tangga kedua Atletico Madrid, yang menang 1-0 ke atas Eibar hasil jaringan Kevin Gameiro pada minit ke-27.
“Jaringan sebelum waktu rehat sangat membantu kami. Agak sukar apabila anda ketinggalan dua gol sejak mula bermain.
“Bagaimanapun kami enggan menyerah kalah dengan memberi tekanan kepada mereka dan kami percaya, kami berupaya mengatasi mereka. Kami berada di depan, kemudian mengesahkan kemenangan,” kata Valverde.