Stadium yang terletak di Estoril, Portugal itu dibina pada 1939, namun ia telah dinaik taraf pada 2009.

Keretakan mula dilihat di bahagian asas tempat duduk penonton yang menempatkan penyokong tuan rumah, sebelum polis dan pihak keselamatan memaksa mereka untuk keluar dari kawasan tersebut.

Kira-kira 2,500 penyokong berada di tempat duduk penonton itu kemudian melarikan diri ke tengah padang.

Pertembungan tersebut ditangguhkan pada waktu rehat selepas Estoril meminta nasihat daripada pasukan keselamatan dan polis.

Susulan masa tertunda terlalu lama, pegawai perlawanan memutuskan untuk tidak meneruskan aksi tersebut ekoran keadaan yang kurang selamat.

Tuan rumah ketika itu sedang mendahului selepas Eduardo meledak gol pembukaan pada minit ke-17.

Separuh masa kedua aksi itu akan berlangsung pada keesokan harinya, dengan masa perlawanan masih belum diputuskan setakat ini.