Pemain England itu pada mulanya dilaporkan bakal kembali bersama Southampton dan turut menarik minat West Ham United namun akhirnya dia memilih untuk beraksi di Goodison Park.
Sepanjang 400 penampilan bersama Arsenal, Walcott telah berjaya meledakkan 108 gol dan kini mengikat kontrak selama tiga tahun setengah bersama skuad bimbingan Sam Allardyce.
Perpindahannya ke Goodison Park menjadi pembelian kedua Toffees pada bulan ini, selepas mendapatkan khidmat penyerang Turki dari Besiktas, Cenk Tosun, pada awal bulan lalu.
“Saya mempunyai cita-cita tinggi dan datang ke sini kerana mahu membawa kelab ke satu tahap lebih bagus dan melihat kepada nama-nama yang hadir ke Everton, impian itu mampu dicapai,” kata Walcott.