Selepas skuad kebangsaan ketinggalan seawal 15 saat permainan bermula, pemain gantian N. Thanabalan menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-67 selepas memanfaatkan hantaran lintang penyerang Safawi Rasid.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee apabila pemain tengah Korea Han Seung-gyu menjaringkan gol kemenangan lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Sepanjang 90 minit masa penuh, Korea yang menguasai 51 peratus perlawanan, melakukan enam percubaan tepat, lebih satu berbanding skuad kebangsaan.