Pemain tengah Cho Jae-wan meletakkan Korea di depan seawal 15 saat selepas berjaya melepasi bek kanan negara, Matthew Davies sebelum melepaskan rembatan kencang yang gagal dibaca kemas penjaga gol Haziq Nadzli.

Sekali pun ketinggalan pasukan kebangsaan berupaya memberikan tentangan sengit dan mengawal ketat skuad bimbingan Kim Bong-gil itu, yang gagal menambah lagi jaringan sehingga waktu rehat.

Secara keseluruhan di babak pertama, Malaysia menguasai permainan 57 peratus dengan berkongsi dua percubaan tepat bersama Korea.

Penyerang negara Safawi Rasid menjadi pengutip kad kuning pertama dalam aksi tersebut selepas mengasari penjaga gol Korea, Kang Hyeon-mu lima minit sebelum separuh masa pertama tamat.