Ahmad Razif berkata, kejayaan menerusi perlumbaan akhir Keirin lelaki itu amat membanggakan dan sangat bermakna bagi Terengganu kerana anak jati Dungun itu mampu seiring dengan jaguh dunia.
“Saya yakin kejayaan Azizulhasni ini akan menjadi peniup semangat kepada pelumba berbasikal yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan menyediakan insentif khas kepada untuk Azizulhasni atas kejayaan itu.
“Terima kasih Azizulhasni yang tidak pernah lelah membawa semangat Malaysia ke persada dunia. Terima kasih juga kepada semua jurulatih dan keluarganya. Rakyat Terengganu bangga dengan ‘The Pocket Rocket Man’,” katanya.