Mahrez, penyerang bintang Leicester telah menandatangani kontrak baru.
Juara BPL Leicester City mengkukuhkan pasukan pertama untuk kempen pertahanan kejuaraan BPL musim ini.
Dari pemulaan musim transfer ini, Mahrez dijadikan buruan pertama untuk kelab-kelab besar seperti Arsenal dan Barcelona.
Keadaan ini di kukuhkan selepas Mahrez berkata “hanya dua atau tiga kelab di dunia ini boleh menarik tumpuan saya daripada Leicester”. Minat untuk menjamin belian Mahrez naik apabila wartawan Eurosport Perancis mengumum Arsene Wenger membuat tawaran kepada Leicester City untuk Marhez, dan Mahrez dikatakan sudah setuju untuk menyertai Arsenal.
Mahrez menang anugerah pemain terbaik PFA musim lepas.
Arsene dihampakan lagi selepas Mahrez menandatangani kontrak baru empat tahun, seperti Jamie Vardy yang menolak tawaran Arsenal.