Lee Chong Wei Menamatkan Kesedihan Lapan Tahun!!

By
Updated: August 20, 2016

Dato’ Lee Chong Wei akhirnya menang Lin Dan dalam pertemuan yang ke-tiga dalam Olimpik!

Selepas dikalahkan dua kali berturut di Beijing dan London, Dato’ Lee Chong Wei tewaskan musuh tradisinya dalam tiga set yang penuh beraksi.

Lin Dan menang set pertama 15-21 dengan menumpukan perhatian terhadap backhand Dato’ Lee untuk memberi peluang membuat pukulan smash terhadap Dato’ Lee.

Lee Chong Wei membalas pukulan.

Lee Chong Wei membalas pukulan.

Dato’ Lee tidak putus asa dan mengubah taktiknya dan membuat Lin Dan berebut di seluruh gelanggan untuk tarik balik satu set 21-11. Set ke-tiga pula penuh dengan pertukaran pukulan antara Dato’ Lee dan Lin Dan, sampai penonton juga terasa cemas dengan setiap pukulan.

 

Perlawanan hampir tamat dengan Dato’ Lee memimpin 20-17, tetapi Lin Dan lawan balik dan menang tiga mata berturut untuk 20-20. Dato’ Lee akhirnya menang persaingan cemas ini  22-20 untuk tewaskan pesaing ketatnya dalam perlawanan umpama perlawanan akhir Olimpik.

Musuh dan kawan rapat, Lee Chong Wei dengan Lin dan selepas perlawanan.

Musuh dan kawan rapat, Lee Chong Wei dengan Lin dan selepas perlawanan.

Dato’ Lee akan bersaing dengan pemain ke-dua terbaik China, Chen Long pada hari Sabtu ini untuk pingat emas.

Lee Chong Wei bersalam dengan penyokong Malaysia yang terbang khas untuk memberi sokongan.

Lee Chong Wei bersalam dengan penyokong Malaysia yang terbang khas untuk memberi sokongan.