“Kekecewaan ini terlalu besar untuk diterima. Kami begitu kecewa kerana saya sudah katakan sebelum bermulanya perlawanan yang ini merupakan antara saingan paling penting pada tahun ini untuk kami.
“Kami tidak banyak melakukan pergerakan dan bermain dengan lembam serta tidak mengambil peluang yang terhidang di hadapan mata,” kata Bilic selepas menyaksikan pasukannya tewas dengan agregat 2-1.
Felipe Teixeira menjaringkan satu-satunya gol sebelum tamat separuh masa pertama, iaitu percubaan tepat pertama Astra dalam perlawanan tersebut.
West Ham akan bermain di Stadium London yang sebelum ini dikenali sebagai Stadium Olimpik dan berkapasiti 60,000 kerusi pada musim ini, setelah bermain di Boleyn Ground selama 112 tahun sebelum ini.