Meskipun Hart merupakan penjaga gol utama England, dia telah disisihkan dalam tiga perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris kelabnya itu di bawah pengendalian pengurus baharu, Pep Guardiola.

Jurulatih dari Sepanyol itu mahukan seorang penjaga gol yang ‘mampu mengawal bola’ kerana lebih suka pasukannya memulakan serangan dari bahagian belakang.

Pengarah Sukan Torino, Gianluca Petrachi tidak menafikan mahu mendapatkan Hart apabila berkata: “Penjaga gol itu adalah satu idea yang kami mahu ikuti”.

“Jika penjaga gol itu adalah Hart, ia satu perkara yang bagus kerana jika tidak, kami perlu mengintai pasaran pemain untuk melengkapkan posisi itu,” kata Petrachi.