Pemain berusia 29 tahun itu menyertai semula Chelsea selepas beraksi selama dua musim bersama PSG dan dilaporkan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama The Blues.
“Saya gembira dapat kembali ke Chelsea mempunyai kenangan yang hebat ketika bersama kelab ini. Saya mahu membantu pasukan dan jurulatih, Antonio Conte untuk mencapai lebih kejayaan.
“Saya juga mempunyai hubungan yang baik dengan penyokong dan tidak sabar untuk menyarung kembali jersi ini di Stamford Bridge,” kata pemain yang digelar ‘Greezer’ kepada laman web rasmi kelab itu (www.chelseafc.com) hari ini.
Luiz menyertai PSG pada Jun 2014 dengan rekod perpindahan pertahanan termahal dunia, 50 juta pound (RM267.93 juta) selepas tiga musim gemilang bersama Chelsea yang menyaksikan bekas pertahanan Benfica itu menjulang trofi Liga Juara Juara Eropah, Liga Europa, dan Piala FA .
Pintu perpindahan liga-liga utama Eropah ditutup secara rasminya kira-kira pukul 6 pagi tadi dengan menyaksikan beberapa nama besar berpindah kelab.
Antaranya, pemain tengah Newcastle United, Moussa Sissoko menyertai Tottenham Hotspurs, Islam Slimani (Sporting Lisbon-Leicester City), Mario Balotelli (Liverpool-Nice), Luis Alberto (Liverpool-Lazio), Marcos Alonso (Fiorentina-Chelsea).
Sementara itu, trio Manchester City, Samir Nasri, Wilfried Bony dan Eliaquim Mangala masing-masing dipinjamkan ke Sevilla, Stoke City serta Valencia sambil Jack Wilshere sertai Bournemouth secara pinjamanan semusim, Juan Cuadrado ke Juventus dan Lazar Markovic sertai Sporting Lisbon dari Liverpool.