Keputusan penggantungan itu dibuat hari ini beberapa jam selepas City memaklumkan bahawa mereka akan mencabar hukuman yang dikenakan ke atas Aguero itu atas alasan pengadil tidak melayangkan kad merah kepadanya ketika menyiku Winston Reid dalam aksi di Stadium Etihad yang menyaksikan City menang 3-1.
Dengan penggantungan itu, Aguero bakal terlepas perlawanan sejiran dengan Manchester United pada 10 September ini selain pertemuan dengan Bournemouth dan aksi pusingan ketiga Piala Liga menentang Swansea City selepas itu.
“Hukuman ini berkuat kuasa serta merta selepas terbukti dia melakukan aksi ganas itu. Kelabnya menafikan dan telah menyerah bukti mereka. Jika bukti itu kuat, hukuman mungkin akan dikaji semula,” kata FA England dalam laman web rasmi mereka.