Pengadil tendang pemain digantung tiga bulan
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
NEW YORK 2 September – Juara Wimbledon, Serena Williams dan Andy Murray melepasi halangan awal tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) dalam aksi yang berlangsung secara tertutup untuk melangkah ke pusingan ketiga hari ini.
Pemain No. 1 dunia, Williams mengetepikan rakan senegara dari AS, Vania King 6-3, 6-3 untuk melakar kemenangan ke-306 dalam saingan Grand Slam individu, sekali gus menyamai rekod milik legenda Republik Czech, Martina Navratilova.
“Ia sangat hebat, berjaya menang kali ke-306,” kata pemain berusia 35 tahun itu.
Williams mampu melakar lebih banyak sejarah seandainya berjaya menjuarai Terbuka AS kali ketujuh dan memenangi gelaran Grand Slam ke-23.
Dia melakukan 13 ace ketika menyingkirkan pemain ranking ke-87 dunia, King dalam perlawanan yang berlangsung di bawah bumbung di Stadium Arthur Ashe.
Sebaik sahaja Williams memulakan perlawanan pertama sesi malam, penganjur terpaksa memasang bumbung baharu kerana hujan mulai turun.
Ini kali pertama Williams merasai pengalaman beraksi dalam suasana terutup.
Terdahulu, jaguh Britain, Murray juga beraksi dengan bumbung dibuka dan mengadu keadaan sekeliling tidak selesa kerana hujan lebat menyebabkan suasana terlalu bising.
“Saya hampir tidak boleh mendengar bunyi riuh dalam stadium.
“Mujur, saya masih boleh mendengar suara pengadil, tetapi apabila anda memukul bola atau lawan anda memukul bola…ia tidak kedengaran kerana bunyi bising. Ia sangat sukar,” kata Murray, yang masih segar dengan kejayaan mempertahankan pingat emas Olimpik.
Murray mematahkan servis Marcel Granollers dua kali di set kedua sebelum mengetepikan pencabar dari Sepanyol itu 6-4, 6-1, 6-4, sekali gus menempah pertemuan dengan pemain Itali, Paolo Lorenzi.
Lorenzi mara selepas dipaksa berhempas pulas mengalahkan pencabar dari Perancis, Gilles Simon 3-6, 6-2, 6-2, 6-7 (1/7), 7-6 (7/3).
Turut meneruskan cabaran bintang Argentina, Juan Martin del Potro, yang menang 7-6 (7/5), 6-3, 6-2 ke atas pilihan ke-19 dari AS, Steve Johnson.
Antara pemain yang tidak merasai pengalaman beraksi di bawah bumbung adalah naib juara 2014, Kei Nishikori dari Jepun.
Hujan sudahpun berhenti ketika Nishikori memulakan permainan yang menyaksikan dia menang 6-4, 4-6, 6-4, 6-3 ke atas Karen Khachanov dari Rusia.
Pilihan ketiga, Stan Wawrinka dari Switzerland pula diheret dalam pertarungan sengit ketika menewaskan pemain ranking ke-243 dunia, Alessandro Giannessi dari Itali.
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
APA nak jadi sebenarnya dengan The Red Giants? Sebuah pasukan bola sepak...
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Liga Malaysia (Liga M) mengikat perjanjian yang...
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
Tatkala Lionel Messi dibicarakan susulan kes penipuan cukai, Cristiano Ronaldo pula mendermakan...
Ketua jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen, tidak akan mempertimbang untuk memanggil...
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
APA nak jadi sebenarnya dengan The Red Giants? Sebuah pasukan bola sepak...
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Liga Malaysia (Liga M) mengikat perjanjian yang...
KANGAR 28 Dis. – Harapan Perlis untuk bersaing dalam Liga Perdana musim...