Malah Wozniacki juga mengakui beraksi dengan status bukan pilihan lebih memberikan ketenangan kepadanya berbanding ketika bergelar pemain ranking No.1.
“Saya tidak terkejut bahawa saya berupaya melangkah sejauh ini kerana saya sentiasa percaya dengan diri saya dan sentiasa berfikir untuk mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan.
“Ketika ini semua pemain sudah tentu mahu menewaskan saya dan tidak kira apa jua ranking saya ketika ini saya sentiasa merasa akan menjadi sasaran utama,” kata Wozniacki.