Perlawanan yang berlangsung di Stadium St. Jakob Park, Basel itu menyaksikan penyerang muda Switzerland, Breel Embolo meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-24 sebelum rakan sepasukan, Admir Mehmedi mengesahkan kemenangan Switzerland menerusi gol kedua tuan rumah, selang enam minit kemudian.
Dalam aksi Kumpulan A pula, menyaksikan naib johan Eropah, Perancis terikat tanpa jaringan ketika menentang Belarus sementara Belanda bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya mengikat Sweden, 1-1.
Sementara itu, di Nicosia, bekas pengendali Everton, Roberto Martinez merakamkan kemenangan pertama dalam perlawanan kompetitif selepas dilantik menjadi jurulatih Belgium apabila pasukannya menundukkan Cyprus, 3-0 dalam aksi kumpulan H.