Mendakwa dia tahu siapa individu itu, bintang bola sepak era 70 dan 80-an itu bagaimanapun enggan me­n­dedahkan nama nya sebalik­nya menyerahkan kepada FAM untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Itu awak (me­­dia) kena ta­nya Datuk Hamidin (Mohd. Amin, Setiausaha Agung). Saya fikir FAM akan am­bil tindakan untuk men­­dedahkan siapakah yang membocorkan maklumat mengenai badan induk tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Khalid mene­gaskan sekiranya FAM tidak men­dedahkan nama individu berkenaan maka dia tidak teragak-agak untuk memberitahu pembocor maklumat tersebut kepada umum.

“Jika FAM tidak dedahkan saya tiada masalah untuk memberitahu siapa pembocor maklumat itu. Individu tersebut mungkin dari kalangan pengurusan teknikal ter­tinggi FAM. Individu tersebut juga bersama orang luar maksud saya bergaul dengan orang berpe­ngaruh dalam bola sepak tempatan.

“Lagi satu, individu itu juga bersekongkol dengan salah seorang jurulatih yang tidak bekerja dengan FAM,” dakwanya lagi.

Sebelum ini, Khalid mendakwa dia dan FAM tahu siapa dalang yang membocorkan maklumat me­ngenai badan induk tersebut.

Arena bola sepak tempatan se­­belum ini kecoh dengan isu pe­­­ma­cu pena yang didakwa me­ngan­dungi pelbagai maklumat me­ngenai ketirisan dan salah laku badan induk bola sepak negara seperti didakwa oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Namun, isi kandungan pe­ma­cu pena itu kemudian didapati ha­nya mengandungi maklumat teknikal dan perancangan pembangunan bola sepak negara se­perti yang disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut memaklumkan bahawa laporan dalam alat pe­ranti itu bebas daripada sebarang unsur rasuah.