Perez yang meninggalkan Deportivo La Coruna pada Ogos lalu telah menjaringkan 13 gol dalam La Liga ketika kelab lamanya itu menamatkan saingan liga di tempat keenam terakhir pada musim lalu.
Pemain Sepanyol yang berusia 28 tahun itu juga diberikan debut dalam kemenangan 2-1 Arsenal menentang Southampton pada Sabtu lalu yang menyaksikan pertahanan, Shkodran Mustafi turut sama tampil buat kali pertama untuk Gunners.
“Bukan mudah untuk mula bermain di laman sendiri, tekanan itu ada dan semua orang memberi tumpuan terhadap mereka.
“Anda boleh lihat perkara yang berlaku terhadap Mustafi di separuh masa kedua apabila dia lebih selesa bermain berbanding pada separuh masa pertama. Berilah masa kepadanya (Perez),” kata Wenger dalam laman rasmi Arsenal.