Malah keyakinan skuad Lang Merah dilihat berada di tahap terbaik ketika ini selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Perak dalam saingan terakhir Liga Super, 11 September lalu.

Bagai­manapun, Cheng Hoe menjelaskan sekiranya rekod pertemuan Liga Perdana tahun lalu dijadikan ukuran kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang apabila masing-ma­sing menang sekali.

Namun kelebihan beraksi di laman sendiri pasti akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh naib juara Piala Malaysia itu.

“Saya harap momentum kemenangan dan keyakinan yang dipamerkan pemain ketika aksi liga dengan menewaskan Perak dapat diteruskan dalam aksi menentang Negeri Sembilan Sabtu ini.

“Sudah pasti setiap kali bermain di laman sendiri, kita akan lebih bermotivasi dan bersema­ngat kerana sokongan padu yang diberikan penyokong. Ia juga antara faktor kemenangan kita selama ini.

“Namun, peluang untuk ke­dua-dua pasukan masih terbuka apabila seri 0-0 pada suku akhir pertama. Cuma saya harap kemenangan akan menjadi milik kita dan melangkah ke separuh akhir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kedah, juara empat kali berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun musim lalu, namun tewas 2-0 kepada juara 33 kali, Selangor pada perlawanan akhir.