Ini pastinya memberi tamparan hebat kepada kepada kelab gergasi Sepanyol itu untuk mengharungi kempen awal La Liga musim ini memandangkan kehadiran Messi dalam aksi menentang Atletico itu pun gagal membantu mereka mencatat kemenangan sebaliknya hanya seri 1-1 sahaja.

“Leo Messi mengalami kecederaan pangkal paha kanan dan terpakda berehat selama tiga minggu,” kata kenyataan yang dikeluarkan Barcelona.

Messi hanya sempat beraksi selama hampir satu jam sebelum digantikan dengan pemain lain. Selain terlepas aksi menentang Sporting Gijon dan Celta Vigo dalam liga domestik, Messi juga terlepas aksi bersama skuad Argentina menentang Peru dan Paraguay untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 serta aksi Liga Juara Juara Eropah menentang kelab Jerman, Borussia Moenchengladbach di tempat lawan.