Dua gol pada babak kedua oleh Jordan Morris telah menghidupkan peluang buat Sounders sekali gus merosakkan kegembiraan peminat LA Galaxy di Stadium StubHub Center.

Pasukan Sounders mendahului 2-1 menerusi jaringan Morris dan Daniel Steres pada minit ke-63.

Morris yang baharu sahaja dianugerahkan sebagai pemain terbaik MLS mengandakan jaringan kedua peribadinya pada minit ke-73 dan disusuli jaringan Osvaldo Alonso pada minit ke-78.

Sementara itu, dua gol LA Galaxy dijaringkan oleh Robbie Keane pada minit ke-20 dan minit ke-85.

Dalam pada itu, Toronto FC, New York Red Bulls dan New York City FC telah menempah tiket dalam saingan kelayakkan Piala MLS yang turut disertai Western Conference serta FC Dallas.