Coquelin mengalami kecederaan ketika bermain pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea yang menyaksikan Gunners meraih kemenangan 3-0 pada Sabtu.

Pemain kebangsaan Perancis berusia 25 tahun itu terlepas aksi bersama Arsenal selama dua bulan pada musim lalu selepas mengalami kecederaan lutut namun Wenger yang perlu mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Basel dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok tetap berpendapat proses pemulihan pemain itu berlangsung positif.

“Francis Coquelin tidak bermain esok dan sepatutnya menjadi satu kecederaan jangka pendek malah imbasan menunjukkan semua positif,” kata Wenger.

Arsenal melakar keputusan 1-1 menentang Paris St Germain dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Liga Juara-Juara.