Debut Dembele tercipta apabila pemain muda dimasukkan bagi menggantikan Jack Aitchison pada minit-minit akhir perlawanan yang berlangsung di Cappielow itu.
Dembele sebelum ini mencuri perhatian pemerhati bola sepak dunia selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dalam kejohanan kelab St. Kevin’s Boys di Dublim musim panas lalu.
Ketiadaan beberapa tonggak utama seperti Ross Doohan, Anthony Ralston, Mark Hill, Regan Hendry, Calvin Miller dan PJ Crossan memaksa jurulatih bawah 20 tahun Celtic, Tommy McIntyre menyenaraikan Dembele di bangku simpanan walaupun fizikal pemain itu jauh lebih kecil berbanding lawannya.
Celtic dalam laman web rasminya memberitahu, pemain perancang itu tidak kekok beraksi dan memainkan peranannya pada minit-minit akhir perlawanan.
Dembele mempunyai nama yang sama dengan bintang yang sedang meningkat naik di Parkhead, Moussa Dembele yang kini meledak 12 gol daripada 17 perlawanan untuk Celtic.