Bintang baharu Nice itu bagaimanapun yakin dia akan merebut tempatnya dalam skuad Azzurri selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan di Liga Perancis.
“Kadangkala saya merinduinya (menyarung jersi Itali) tetapi keputusan jurulatih untuk tidak menyenaraikan saya kali ini adalah tepat kerana saya tidak layak.
“Bagus juga Ventura tidak memanggil saya kerana saya mahu memastikan, apabila menyertai pasukan kebangsaan saya berada pada tahap terbaik,” katanya kepada Sky Sport Italia.
Bekas penyerang Manchester City itu tidak beraksi bersama Itali sejak tewas kepada Uruguay dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2014.
Bagaimanapun, Baloteli kembali menyinar apabila menjaringkan lima gol daripada tiga perlawanan bersama Nice setakat ini, sekali gus membantu mereka berada di tangga teratas Ligue 1 mengatasi Monaco dan Paris Saint-Germain.
Sementara itu, Balotelli, 26, membidas bekas majikannya, Liverpool dan AC Milan atas kesukaran yang dihadapi sepanjang beberapa tahun ini.
Balotelli mengharungi tiga musim yang penuh kontroversi bersama City sebelum berpindah ke Milan pada 2013 dan menyertai Liverpool setahun kemudian.
Namun, urusan Balotelli di Anfield tidak pernah selesai apabila dia dipinjamkan semula kepada Milan .
Apabila dia kembali ke Liverpool pada musim panas lalu, pengurus Reds, Jurgen Klopp menutup peluangnya untuk berada dalam kesebelasan utama.