Pemain tengah Barcelona itu menjadi fokus utama pada aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Albania selepas memotong lengan bajunya yang berwarna kuning dan merah.
Pique sering menjadi bahan ejekan penyokong terutama sejak sokongannya di luar padang kepada gerakan pro-Catalan yang menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol.
“Ya, saya amat penat menghadapinya dan Piala Dunia 2018 di Rusia akan menjadi komitmen terakhir saya bersama pasukan Sepanyol dan saya berharap dapat berundur dengan aman.
“Saya memotong lengan baju ini kerana ia terlalu pendek dan mengganggu saya. Saya telah melakukan segalanya namun tidak dapat meneruskannya dan tiada apa-apa maksud saya memotong lengan baju itu,” kata Pique.