Ketika ini Rooney berhadapan minggu yang sukar selepas dipinggirkan oleh United dan England.
Malah prestasi pemain berusia 30 tahun itu juga menimbulkan tanda tanya sehingga timbul debat untuk menggunakan pemain tersebut di bahagian tengah berbanding serangan.
Bekas pemain United, Dwight Yorke berkata, tiada apa yang perlu diragui tentang Rooney kerana pemain tersebut masih berupaya untuk menyinar semula.
“Dia hanya perlu mendapatkan keyakinannya semula dan bermain dengan baik selain berusaha mendapatkan gol.
“Selepas itu semua orang akan kembali meraikannya semula,” kata Yorke.