“Skuad The Tigers dengan ini mengesahkan pelantikan Mike Phelan sebagai ketua jurulatih yang baharu secara tetap,” kata kenyataan daripada kelab Hull, awal pagi tadi.

Pengumuman tersebut menyelesaikan tanda tanya selama ini berikutan Phelan sering dikatakan sebagai calon sesuai bagi menggantikan Bruce.

“Saya gembira dengan posisi saya sekarang dan saya tidak sabar menantikan cabaran selepas ini,” kata Phelan.

“Selepas ini fokus utama kami adalah untuk terus mara ke depan selain membantu pemain yang ada ini untuk berjaya bersama kelab,” kata Phelan.