Pada saingan yang menyaksikan Brazil menang 5-0 ke atas Bolivia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu lalu, Neymar mengalami kecederaan di bahagian kening kerana disiku pemain lawan selepas cuba merampas bola daripadanya.

“Saya tidak akan berubah malah pemain lawan tahu apabila saya berada di padang saya akan bermain dengan gaya sendiri seperti menggelecek, menjaringkan gol dan mencipta peluang buat rakan sepasukan.

“Saya tetap gembira dengan gaya permainan seperti itu,” kata Neymar.

Ketika ini Neymar turut menjadi sandaran utama buat Barcelona terutama ketika ketiadaan Luis Suarez yang mengalami kecederaan.