Bekas kapten England itu pulang ke Old Trafford lebih awal pada minggu ini selepas dia diejek oleh sekumpulan penyokong Three Lions yang tidak berpuas hati dengan persembahannya ketika pasukan itu menundukkan Malta, 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Wembley.
“Dia diejek oleh penyokong Manchester United. Secara jujurnya, Old Trafford berada di belakangnya dan memberi sokongan kepada Wayne. Manchester United adalah rumah keduanya yang mana dia berhak dihormati.
“Sudah tentu jauh sekali dengan Anfield, tetapi siapa tahu dia akan dihormati di sini nanti? Bagi saya pertemuan menentang Liverpool disifatkan sebagai pertembungan besar. Sewaktu saya mengendalikan Real Madrid, saya berbesar hati untuk berdepan Barcelona, Atletico dan Valencia,” kata Mourinho.