Selepas pemain tengah Bulgaria, Ivaylo Chochev meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kelima, Torino bangkit dengan mencetak empat gol masing-masing dua gol menerusi Adem Ljajic, serta satu gol dijaringkan oleh Marco Benassi and Daniele Baselli.
Perlawanan yang berlangsung sengit itu bagaimanapun terhenti seketika pada lima minit terakhir babak kedua selepas separuh daripada lampu di stadium Renzo Barbera terpadam namun pengadil perlawanan tetap meneruskan perlawanan.
Namun situasi itu memberi keseronokkan kepada peminat apabila mereka menyalakan lampu telefon bimbit masing-masing.
Kemenangan itu menyaksikan Torino telah mencetak 17 gol dalam lapan perlawanan sekali gus buat pertama kali pasukan tersebut mencapai jumlah jaringan sebanyak itu sejak ditubuhkan pada tahun 1949.