Bayern bangkit kembali daripada prestasi hambar awal pagi tadi di Allianz Arena, dengan pemain sayap Arjen Robben mempamerkan prestasi cemerlang.
Jaringan menerusi Thomas Mueller dan Joshua Kimmich meletakkan Bayern di depan sebelum Luciano Narsingh menyumbat gol untuk Eindhoven sebelum waktu rehat.
Bagaimanapun, Bayern mendominasi di babak kedua, dengan Robert Lewandowski menjarakkan kedudukan 3-1 sebelum Robben, yang telah merancang dua gol daripadanya, membuat jaringan keempat pasukan itu.
Media Jerman sebelum ini lantang mengkritik aksi layu Bayern di Bundesliga selepas sekadar mencatat bersama Cologne selepas Eintracht Frankfurt selepas tewas 0-1 kepada Atletico Madrid yang juga pendahulu Kumpulan D Liga Juara-Juara.
Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge turut meluahkan rasa kurang enak dengan menyifatkan keputusan Bayern sewaktu mereka terikat 2-2 bersama Frankfurt tidak boleh diterima, namun Ancelotti gembira dengan prestasi pasukannya menentang PSV.
“Itu adalah satu tindak balas yang saya harapkan daripada pasukan ini, sikap sebegini amat bagus, kita mempelajari daripada pengalaman Frankfurt.
“Kami sangat gembira kerana Manuel Neuer berjaya mendapatkan semula rentaknya,” kata pengurus kelahiran Itali itu, yang memenangi lapan perlawanan pertama sebelum kalah kepada Atletico.
Bayern akan berentap semula dengan PSV di laman lawan, kemudian berkunjung ke Rusia untuk berdepan Rostov sebelum melayani kunjungan Atletico dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan pada 6 Disember ini bagi menentukan pasukan mana yang akan melangkah ke pusingan 16 terakhir.