Kekalahan memalukan di Stamford Bridge Ahad lalu, yang juga bekas kelab kendalian Mourinho, merupakan kekalahan paling teruk United sejak lima tahun, namun membalas semula dengan menundukkan City 1-0 menerusi gol tunggal Juan Mata minit ke-54.
Mourinho membuat isyarat memohon maaf kepada penyokong United selepas tamat perlawanan, dengan menunjukkan simbol ‘4-0’ menggunakan jarinya sambil menundukkan kepalanya dan berkata, sokongan daripada mereka telah membangkitkan semangatnya.
“Kami berada dalam keputusan dan prestasi terbaik, tetapi kami pernah sekali kalah teruk.
“Penyokong merupakan orang penting dalam sejarah United dan semasa saya di kelab, hati saya milik penyokong dan saya turut merasakan perasaan mereka. Realitinya, saya belum pernah ada penyokong sebegini.
“Kami tewas 0-4, tetapi mereka masih memberi sokongan. Hari ini, stadium dipenuhi dengan penyokong sebenar dan ia dilihat seakan kelab ini masih mempunyai penyokong yang sayangkan United. Ia lebih baik daripada mendapat keputusan, lebih besar daripada tiga musim buruk.