Pada perlawanan di Etihad, City mempamerkan kebangkitan selepas jaringan awal Lionel Messi untuk menewaskan Barcelona dengan keputusan 3-1 sekali gus berupaya melangkah ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Pemain City, Ilkay Gundogan menjadi tumpuan utama pada perlawanan tersebut berkutan berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-39 dan ke-74 sebelum rakan sepasukannya Kevin De Bruyne menjadikan kedudukan 3-1 sewaktu minit ke-51.

“Saya lihat prestasi pasukan kami adalah lebih baik ketika di Barcelona.

“Inilah bola sepak, peluang menjaringkan gol semuanya bergantung dengan emosi kami malah pemain sedar akan perkara itu,” kata Guardiola.