Bintang Sweden itu mengumpul kad kuning kelimanya musim ini ketika United menang 3-1 ke atas Swansea dalam aksi di Stadium Liberty.
Pemain berusia 35 tahun itu menamatkan kemarau jaringan dengan menjaringkan dua gol sebelum meraih kad kuning dalam aksi itu sekali gus bakal terlepas aksi menentang Gunners.
Skuad kendalian Jose Mourinho akan berdepan skuad bimbingan Arsene Wenger selepas perlawanan antarabangsa di Old Traffor dan perkara itu nyata mengecewakan para penyokong Red Devils.