Menerusi kontrak baharu itu, pemain berusia 21 tahun itu akan menerima gaji sekitar 100,000 pound (RM518,512) seminggu.

Bellerin merupakan pemain sasaran City dan Barcelona tetapi pertahanan kanan itu berminat untuk meneruskan masa depannya bersama skuad utara London itu.

Barcelona sebelum ini secara terang-terangan menyuarakan hasrat mereka untuk mendapatkan semula pemain itu yang sebelum ini memulakan kariernya di akedemi mereka.