Gambar kapten England tersebut terpampang di dada akhbar Sun yang menunjukkan pemain itu mabuk selepas majlis perkahwinan pada Jumaat lalu di Wembley.

“Wayne (Rooney) memohon maaf ke atas gambar yang telah diambil dan disiarkan.

“Ketika itu adalah hari rehat bagi semua pemain dan pasukan, dia memohon maaf sepenuhnya ke atas gambar tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku bagi seseorang yang berada di posisi sepertinya.

“Awal hari ini juga Wayne telah bercakap dengan Gareth Southgate dan Pengarah Teknikal FA, Dan Ashworth untuk memohon maaf.

“Malah dia juga memohon maaf kepada semua penyokong muda yang melihat gambar tersebut,” kata kenyataan daripada pihak Rooney.