Ronaldo dan Rodriguez bermain bersama di Real Madrid sejak musim 2014 dan Asprilla berkata, dirinya dapat merasai hubungan persahabatan tersebut mampu memusnahkan pemain kebangsaan Colombia berusia 25 tahun itu.

Ditanya berhubung kekalahan Colombia 3-0 kepada Argentina dalam aksi kelayakan Piala Dunia baru-baru ini, Asprilla berkata: “ James adalah sahabat baik saya dan saya amat menyayanginya.

“Namun saya dapat melihat hubungan persahabatannya dengan Cristiano Ronaldo di Real Madrid mampu memusnahkannya.

“Dia kini sama seperti Ronaldo terutama ketika mendapat bola.

“Ronaldo mempunyai perwatakan yang tidak baik apabila mendapat bola kerana tidak akan memberikan kepada pemain lain biarpun rakan sepasukannya dan saya dapat melihat James melakukan perkara sama ketika beraksi bersama Colombia.