Pengendali berusia 52 tahun yang menjuarai Piala Dunia bersama Jerman pada 1990 menyertai pasukan AS sejak 2011.
Presiden Persatuan Bolasepak AS, Sunil Gulati mengumumkan ‘keputusan sukar’ itu tanpa mengumumkan pengganti Klinsmann.
AS tidak akan berdepan sebarang perlawanan kelayakan Piala Dunia sehingga Mac tahun hadapan.
“Kami yakin pemain kami memiliki kualiti untuk layak ke Piala Dunia Rusia 2018, kami percaya dengan situasi serta prestasi semasa kami memerlukan arah tuju yang baharu.
“Dengan perlawanan kelayakan akan berlangsung hujung Mac depan, kami memiliki beberapa bulan untuk kembali fokus dan mencari jalan terbaik untuk memastikan kami layak ke Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut,” kata Gulati.