Pemain Wales itu mempamerkan prestasi terbaiknya sejak beberapa minggu lalu yang menyaksikan dia menerima tawaran lumayan bagi memperbaharui kontraknya bersama kelab gergasi Sepanyol itu sehingga 2022.

“Saya tidak pasti mengenai tahap kecederaannya buat masa ini. Kita perlu tunggu laporan lanjut mengenainya.

“Buat masa sekarang ia tidak kelihatan baik tetapi saya tidak boleh bercakap panjang mengenai perkara ini,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane sejurus tamat perlawanan.

Kemenangan ke atas kelab Portugal itu menyaksikan Real mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik untuk kali ke-20 berturut-turut tetapi mereka perlu menewaskan Borussia Dortmund di laman sendiri bagi bergelar juara Kumpulan F.

Selain pertemuan penting menentang Barcelona dan Dortmund, Real akan berkunjung ke Jepun bagi menghadapi saingan Piala Dunia Kelab, Disember depan. – AFP