Musim lalu, keputusan seri 2-2 dengan The Blues telah memusnahkan impian Spurs untuk menjulang kejuaraan liga dengan menyaksikan mahkota juara menjadi milik Leicester City.
Malah perjalanan pasukan bimbingan Mauricio Pochetttino ke Stamford Bridge diiringi dengan kekecewaan selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara apabila tewas 2-1 kepada Monaco.
Bagaimanapun penjaga golnya, Hugo Lloris berkata mereka akan menikmati perjalanan ke Chelsea.
“Selepas kita kalah terhadap (Bayer) Leverkusen di Wembley, ini adalah masa sesuai untuk kita bangkit semula.
“Satu-satunya perkara paling mengecewakan adalah kekalahan tetapi kita perlu bangkit pada perlawanan Sabtu ini,” kata penjaga gol dari Perancis itu.
Dalam aksi liga sebelum ini, bintang Spurs, Harry Kane menjaringkan dua gol lewat ketika membantu pasukannya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan West Ham United 3-2 di White Hart Lane.