Skuad bimbingan Eddie Howe itu ketinggalan tiga kali, malah hampir gagal menyaingi Reds pada separuh masa pertama, namun semangat juang tinggi membolehkan mereka mengutip tiga mata penuh di depan penyokong sendiri.

Liverpool memulakan saingan dengan positif apabila mendahului 2-0 menerusi jaringan Sadio Mane pada minit ke-20, diikuti gol Divock Origi pada minit ke-22.

Tuan rumah bagaimanapun merapatkan kedudukan 2-1 sebaik sahaja babak kedua bersambung menerusi sepakan penalti Callum Wilson pada minit ke-56 selepas dia dijatuhkan oleh James Milner.

Biarpun menerima asakan bertali arus daripada Bournemouth, pemain tengah, Emre Can memberi harapan kepada Liverpool bahawa tiga mata penuh hampir pasti menjadi milik mereka dengan meledak gol ketiga pada minit ke-64.

Namun begitu, kerapuhan benteng pertahanan Liverpool, ditambah semangat juang tinggi yang ditunjukkan Bournemouth menghadirkan keputusan tidak diduga buat tuan rumah.

Ryan Fraser memulakan kebangkitan pasukannya dengan merapatkan kedudukan kepada 3-2 menerusi jaringan minit ke-76, sebelum Steve Cook menyamakan kedudukan, tiga minit kemudian dan Nathan Ake memastikan kemenangan bersejarah mereka tiga minit memasuki waktu kecederaan.