Thailand, Indonesia jumpa di pentas akhir AFF

By
Updated: December 9, 2016

Juara bertahan Thailand akan mempertahankan Indonesia di pentas akhir Piala AFF selepas skuad kendalian Kiatisuk Senamuang membelasah Myanmar 4-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok dalam perlawanan separuh akhir kedua sebentar tadi.

Thailand memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di laman sendiri apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi percubaan Sarawut Masuk dan tiga lagi gol dihasilkan Theeraton Bunmatan (minit ke-65) selepas menyempurnakan sepakan penalti sebelum Siroch Chatthong (minit ke-76) dan Chanathip Songkrasin (minit ke-83) menambah dua lagi gol. Dalam pertemuan separuh akhir pertama Thailand menundukkan Myanmar 2-0 di Yangon dan kedua-dua jaringan tersebut dijaringkan oleh penyerang veteran Teerasil Dangda. Thailand bakal bertandang ke Stadium Pakansari, Bogor bagi menghadapi Indonesia dalam perlawanan akhir pertama pada 14 Disember dan kemudian melayan kunjungan Indonesia di Stadium Rajamangala tiga hari selepas itu. Indonesia mara ke final selepas menumpaskan Vietnam dengan agregat 3-2 selepas seri 1-1 dalam separuh akhir kedua di Hanoi semalam – See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/thailand-indonesia-jumpa-di-pentas-akhir-aff-1.418014#sthash.CTyVJZON.dpuf