Pemain sayap itu tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut selepas mengalami kecederaan lutut ketika membantu The Blues mencatat kemenangan 1-0 ke atas West Bromwich Albion Ahad lalu.

Ketiadaan perancang utama itu semestinya memberi tamparan buat Chelsea namun Antonie Conte tidak mahu mengambil risiko tinggi untuk menurunkan ketua pasukan Belgium tersebut.

“Eden mendapat hentakkan di lututnya dan kini dia (Hazard) perlu berehat kerana mengalami kecederaan,” kata Conte kepada Sky Sports.

Bagaimanapun kekosongan Hazard, di ambil alih oleh pemain sayap Brazil, Willian dalam perlawanan itu sekali gus membantu Chelsea mencatat kemenangan kesepuluh berturut-turut musim ini.