Beliau sebelum ini memangku jawatan itu ekoran Datuk Wan Ahmad Wan Abdul Hamid berundur Ogos lalu dalam keadaan prestasi skuad negeri terumbang ambing.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail juga merupakan antara muka baharu yang dipilih dalam kongres kali ini untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden I menggantikan Datuk Mazlan Ngah.
Marzuki Sulong pula antara muka lama yang dikekalkan untuk jawatan Timbalan Presiden II selain Abdullah Sulong dan Tuan Kechik Tuan Tengah masing-masing bagi kerusi Naib Presiden.
Dua lagi muka baharu dalam barisan kepemimpinan kali ini ialah Wan Zaulkifli Wan Gati serta Jasmira Othman, kedua-duanya untuk jawatan Naib Presiden.
“Dalam mesyuarat eksekutif lalu kita memutuskan jawatan tertinggi persatuan diberi kepada jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri.
“Oleh itu kami yakin dengan kepimpinan Presiden baharu akan berlaku perubahan dan melicinkan perjalanan persatuan,” kata Marzuki dalam sidang akhbar selepas kongres berkenaan.